![]() ![]() ![]() ![]() |
Simptom Hamil Yg Tak Boleh Diabaikan :)
Saturday | 21:34 | 0 Cikebum Cikebom
Untuk bakal-bakal mummy seeloknya kena amek tau pasal
simptom-simptom ni untuk elak dari hal-hal yg kita tak mau kan?
Arini aku ada baca pasal gejala yg mungkin kita rasa normal bg ibu preggy
tapi kalau lain macam ja simptom yg kita rasa seeloknya rujuk Dr. cepat .
Sumber dari pakcik gugel. Jom kita study sikit dan check :)
____________________________________
Sumber : Baby Center Info
Tidak kira berapa banyak yang telah anda baca atau bincangkan
dengan ibu-ibu lain mengenai kehamilan anda,
masih lagi sukar untukanda mengetahui samada
apa yang anda alami semasa hamil ini adalah
normal ataupun tidak.
Berikut ialah simptom-simptom yang perlu anda risaukan.
Jika anda sedang mengalami salah satu daripada masalah
berikut, hubungilah doktor anda dengan segera.
Sakit yang teruk atau rasa mencucuk-cucuk pada bahagian
abdomen atau atas perut, samada disertai dengan
loya atau muntah ataupun tidak,
boleh jadi merupakan petanda bagi beberapa perkara.
Anda mungkin mengalami:
-ketakcernaan yang teruk
-jangkitan virus dalam perut
-keracunan makanan.
Sekiranya anda kini dalam separuh
masa kedua kehamilan, kesakitan
ini mungkin juga menandakan praeklampsia,
iaitu satu masalah serius yang memerlukan
rawatan segera.
Sakit bahagian bawah perut
Sakit yang teruk di satu sisi atau kedua-dua
sisi perut boleh jadi petanda beberapa perkara.
Ligamen anda mungkin tertarik
dengan kuat atau ia mungkin tanda:
-kehamilan ektopik;
-keguguran;
-kelahiran pramatang;
-fibroid menyusut dan berdarah.
Demam
Jika anda demam dengan suhu melebihi 37.5 darjah C,
tetapi tanpa simptom flu atau selesema,
hubungi doktor anda pada hari yang sama.
Jika suhu melebihi 39 darjah C,
hubungi doktor anda dengan segera.
Anda mungkin mempunyai jangkitan.
Doktor anda akan memberikan anda antibiotik
dan menasihatkan anda supaya berehat.
Jika suhu anda melebihi 39 darjah C
bagi jangka masa yang lama,
ia boleh membahayakan bayi dalam kandungan anda.
Gangguan penglihatan
Hubungi doktor anda sekiranya,
dalam separuh masa kedua kehamilan anda mengalami:
-penglihatan berganda
-penglihatan kabur
-penglihatan malap
-ternampak tompok-tompok bersinar
-ternampak cahaya terang yang berlangsung lebih daripada dua jam
-Simptom-simptom tersebut boleh jadi tanda-tanda praeklampsia.
Bengkak kaki dan tangan
Ramai ibu mengandung akan mengalami bengkak
semasa kehamilan dan dalam kebanyakan kes,
ini tidak perlu dirisaukan. Tetapi,
jika simptom ini teruk atau berlaku tiba-tiba dan
disertai dengan sakit kepala atau gangguan penglihatan,
ia mungkin simptom praeklampsia.
Sakit kepala yang teruk dan tidak hilang-hilang
Jika anda mengalami sakit kepala yang lebih
dari dua atau tiga jam, bersama dengan gangguan
penglihatan dan bengkak yang beerlaku tiba-tiba
pada tangan, muka dan mata anda, anda mungkin
mengalami praeklampsia.
Pendarahan faraj
Pendarahan ringan (spotting) tanpa kesakitan mungkin tanda normal proses implantasi iaitu apabila embrio melekat pada uterus pada awal kehamilan, ataupun pendarahan penebusan (breakthrough bleeding) . Namun anda masih perlu hubungi doktor anda jika anda mengalami pendarahan semasa kehamilan kerana ini boleh jadi menunjukkan komplikasi yang serius.
-Pendarahan yang berbeza daripada normal haid anda(lebih banyak atau sedikit dan berwarna gelap) disertai kesakitan teruk pada satu sisi abdomen boleh jadi tanda kehamilan ektopik ( kehamilan luar rahim)
-Pendarahan yang banyak terutamanya apabila diserta sakit belakang atau abdomen, boleh dikaitkan dengan keguguran atau berpotensi untuk gugur.
-Dalam peringkat akhir kehamilan, pendarahan menunjukkan plasenta praevia, koyakan plasenta atau kelahiran pramatang (kelahiran yang bermula sebelum minggu ke -37)
Keluar cecair daripada faraj
Keluarnya cecair daripada faraj sebelum minggu ke-37 bermakna membran anda telah pecah awal. Doktor anda pasti mahu anda dimasukkan ke hospital supaya anda boleh mendapatkan rawatan untuk mencegah jangkitan dan membuat persediaan untuk kelahiran pramatang.
Selepas 37 minggu, anda mungkin akan mula proses pelahiran. Hubungi doktor anda untuk berbincang mengenai pilihan anda jika perlahiran tidak bermula dalam 24 jam.
Peningkatan rasa dahaga
Jika anda tiba-tiba dahaga tetapi kurang membuang air kecil, ini mungkin tanda penyahhidratan atau diabetis kehamilan (atau diabetis gestasi). Keduanya meningkatkan risiko komplikasi bagi anda dan bayi anda.
Sakit semasa membuang air kecil
Sakit semasa membuang air kecil disertai dengan suhu badan tinggi, menggigil dan sakit belakang mungkin tanda-tanda jangkitan saluran kencing. Jumpalah doktor. Anda akan dirawat dengan antibiotik.
Muntah yang teruk
Muntah lebih daripada dua hingga tiga kali sehari akan menyahhidratkan dan melemahkan anda tanpa membahayakan bayi anda. Anda perlu hubungi dengan doktor anda jika anda mengalami muntah yang teruk dan berterusan (hiperemesis gravidarum) kerana mungkin anda perlu dimasukkan ke hospital.
Muntah yang bermula di peringkat akhir kehamilan dan diikuti dengan sakit di bawah tulang rusuk adalah tanda praeklampsia. Jika anda muntah diikuti dengan kesakitan dan suhu yang tinggi ia mungkin disebabkan oleh jangkitan. Dalam kedua-dua kes tersebut, hubungi doktor anda.
Pengsan atau pening
Ini mungkin tanda yang anda tidak cukup makan pada hari itu tetapi ia juga bermakna anda mungkin mempunyai tekanan darah rendah. Ramai wanita berasa pening-pening lalat semasa kehamilan. Jika pengsan, hubungi doktor anda selepas anda sedar semula untuk memastikan tiada masalah.
Pergerakan bayi semakin perlahan
Tiada pergerakan atau pergerakan bayi anda perlahan lebih daripada 24 jam selepas minggu ke-21 mungkin petanda yang bayi anda tertekan. Jika anda sedar bahawa bayi anda kurang bergerak daripada biasa, hubungi doktor anda. (Baca lebih lanjut mengenai pergerakan bayi anda, termasuk bila perlu meminta bantuan).
Kegatalan seluruh badan pada peringkat akhir kehamilan
Simptom-simptom ini menunjukkan masalah berkaitan hati seperti obstetrik kolestasis. Jika anda mengalami obstetrik kolestasis, anda mungkin juga mengalami jaundis, dengan air kencing berwarna gelap dan najis yang pucat.
Kegatalan adalah normal kerana kulit anda meregang untuk menyesuaikan keadaan dengan bayi anda yang sedang membesar, tetapi lebih baik jika anda membuat pemeriksaan, terutamanya jika kegatalan itu teruk pada waktu malam dan melibatkan tapak kaki dan tangan anda.
Anda jatuh atau terhentak pada perut
Jatuh tidak selalunya membawa bahaya, tetapi hubungi doktor anda pada hari yang sama dan jelaskan apa yang berlaku. Jika anda tergelincir di tangga dan tulang punggung anda tercedera, anda tidak perlu risau. Bayi anda selamat dilindungi oleh uterus dan cecair amnion.
Walau bagaimanapun, komplikasi mungkin berlaku dalam sesetengah kes. Jika anda mengalami kontraksi, rembesan cecair atau sebarang pendarahan, hubungi doktor anda dengan segera atau pergi ke hospital terdekat.
Anda rasa "tidak begitu sihat"
Jika anda tidak pasti mengenai satu simptom, tidak berasa seperti biasa atau berasa tidak selesa, percayalah dengan perasaan anda dan hubungi doktor anda. Jika terdapat masalah, anda akan dirawat dengan segera. Jika tiada masalah, anda akan berasa lega.
Doktor anda bersedia mendapat panggilan-panggilan seperti ini, dan beliau pasti gembira memberikan nasihat. Badan anda sedang berubah dengan pesat sehingga kadang kala sukar untuk dipastikan samada apa yang anda alami ini adalah normal ataupun tidak.
Sumber: Baby Center
Kisah perut :)
| 02:25 | 0 Cikebum Cikebom
Nak dijadikan kisah perot aku ni
selalu sgt orang tegoq
rata-rata adik-adik kat tempat keja
atau orang-orang setempat keja
Anonymous 1:
"Eh kak dah berapa bulan???"
Aku:
"Masuk 6 bulan dah dik"
Anonymous 1:
"Laa keciknya perot..."
Aku:
"Saja tak mau tunjuk"
Anonymous 2:
"Kak serious habaq kak pakai baju ni dari jauh tak
nampak pon perot"
Aku:
"Haa saja tak mau tunjuk..."
(Dalam hati- Dah tgk pon dr jauh cha mai tgk dekat) :)
Anonymous 3:
"Kak dah 6 bulan perot kecik tak nampak"
Aku:
"Saja tak mau tunjuk kata ada baby"
Okay fine ..fine..fine,, perot aku nampak kecik ja
and kalau pakai baju kurung lagi la depa kata TAK NAMPAK PEROT
Eh .. aku okay ja dok heret perot saiz sedang-sedang ni
sesuai la ngn badan .errr..struktur bdan maksud aku.. hew
ta kan nak gendong perot besaq bas plak.
tak tergendong pulak nanti.
Tapi aku rasa perot aku ni dah ckup besaq dari biasa tau
HAHA
no wonder la depa pakat dok tanya and cakap
"tak nampak tak nampak pon perot"
sebab yg merasainya pun adui sendiri yg tau
dan ta kan lak nk jalan memboyong kedepan depa abeh perot.
heee
Masa check-up aku ada tanya Dr.
normal ke perot saiz kecik sebab ramai dok tegoq
perot kecik je even dah 6 bulan
Dr. cakap lain orang lain la.
bukan semua nak sama.. so jgn heran ...
:)
So.. jangan heran
Janji baby sihat walafiat kat dalam
InSha Allah :)
Yang pastinya aku dan En. Suami memang perasan dan nampak
perot dah makin memboyot .
Okay done bebel ..peace utk semua ibu mengandung :)
Sekian. Take Care!
Salam. Bai!
Amalkan memakan buah kurma :)
| 00:20 | 0 Cikebum Cikebom
Semalam balik keja lepas makan
lending time rehat-rehat dgn En. Hubby sambil tengok tv.
Pastu kuaq lak iklan junk-food- iklan kopok hat Awal ngn bini dia Scha tuh HEWW
truih aku pon cakap kt hubby
"hmm semalam tak beli pon kopok sales kt giant bertimbun ropok sales....
tidak leh dok ngap time tgk tb ni .hmm....(nada frust) "(padahal baru pas makan nasik ja tu)
*sambil buat muka frust gila
Seraya En. Hubby pon balas
"KURMA YANG DALAM PETI AIS TU SAPA NAK MAKAN......"
dia pon bla bla bla ~~~ajinomoto naik moto smua kuaq .
hewww . diam tak kata apa......
(muka lagi frust**)
Moral of the story bagi si ibu mengandung is.....
---------------------------------------------------------
Sabda Rasulullah S.A.W.,
“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil,
kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”
Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahaya.
Ia merupakan makanan Rasulullah S.A.W & mempunyai byk khasiat. Ibu yang hamil digalakkan memakan buah kurma, bagi memudahkan proses bersalin. Ia juga elok dimakan sepanjang tempoh berpantang bagi memudahkan proses pengecutan rahim.
Antara kelebihan dan kebaikan mengamalkan memakan buah kurma:
a) Kaya dengan zat besi – sesuai dimakan oleh wanita
yg sdg dtg haid & mereka yg mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah)
b) Tidak mengandungi kolestrol.
c) Kaya dgn protein (1.8 – 2%), serat (2-4%), glukosa (50-57%),
Vitamin A dan C, sodium & potassium.
d) Potasium penting utk sistem saraf yg boleh merangsang daya ingatan,
meningkatkan nafsu kelamin & meningkatkan sistem pertahanan badan. Berupaya mencegah dr barah payudara & rahim.
e) Kandungan gulanya mudah diserap badan &
memberi tenaga segera apabila berbuka puasa.
f) Boleh diberikan kepada bayi bagi
mengurangkan kesakitan.
g) Memudahkan proses bersalin &
pengecutan rahim.
Ok Sekian
Salam. Bai !
Sumber : Pakcik Gugel |