![]() ![]() ![]() ![]() |
Perkongsian Hadis
Friday | 22:50 | 0 Cikebum Cikebom
Assalammualaikum.. Sekadar berkongsi hadis yang berkaitan dengki hasad dengki, sifat prasangka, fitnah dan mengumpat. Baca, hayati untuk tambah ilmu dan justeru lantas ingin berkongsi :) Ini antaranya.. Hadis dari Riwayat Malek, Bukhari, Muslim Abu Daud dan Tarmizi : “Awas kalian daripada sifat prasangka. Sesungguhnya prasangka itu adalah kata-kata yang paling dusta. Jangan saling olok-mengolok, intai-mengintai, atas-mengatasi, dengki mendengki, benci-membenci dan jebak menjebak. Jadilah kalian laksana hamba-hamba Allah yang bersaudara seperti yang telah diperintahkan kepada kalian. Seorang Muslim itu adalah saudara bagi seorang Muslim yang lain. Janganlah ia menzalimi saudaranya; janganlah ia membiarkannya (apabila ia dizalimi); janganlah ia menghina saudaranya. Taqwa itu (letaknya) di sini, seraya baginda menunjuk ke dadanya. Cukuplah bagi seorang Muslim itu kejahatan (dosa) menghina saudaranya yang Mukmin haram bagi seseorang Muslim itu (menceroboh) darah (nyawa) nama baik dan harta seseorang Muslim yang lain.” Hadith riwayat Al-Thabarani “Sesiapa yang mengembar-gemburkan (pada orang ramai) sesuatu perkara (perkataan) terhadap seseorang Muslim untuk menjatuhkan maruah orang tersebut di dunia pada hal ia tidak demikian maka wajiblah Allah mencairkan pembawa fitnah tersebut pada hari Qiamat dalam api neraka sehinggalah ia dapat membuktikah kebenaran apa yang telah dikatakannya.” Orang yang dengki itu mungkin akan mengumpat dan menjadi batu api padahal ia menyangka ia telah berbuat baik, syaitan pula mengajukan alasanalasan kepadanya untuk membenarkan perbuatan buruk tersebut supaya dia terus terjebak di dalam fitnah. Firman Allah Subhanahu Wata’ala yang bermaksud: Surah Al-Taubah: Ayat 49-51 “Ada di antara mereka yang berkata izinkan saya pergi dan jangan melibatkan aku dalam fitnah. Bahkan mereka telah pun terjebak dalam fitnah dan sesunguhnya neraka itu melingkari orang-orang kafir. Seandainya, engkau; hai Muhammad mendapat kebaikan maka hal itu merunsingkan mereka tetapi sekiranya engkau mendapat bencana kesusahan mereka akan berkata: Kami telah pun menyedari dan menghindari bencana tersebut awal-awal lagi. Kemudian mereka beredar dengan riang gembira. Katakanlah wahai Muhammad, tidak ada yang akan menimpa kami kecuali apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dialah Tuhan kami dan hendaklah orang-orang Mukmin bertawakkal kepada Allah.” Mengumpat itu lebih buruk daripada zina. Sahabat bertanya bagaimana? Rasulullah menjawab: seorang yang berzina itu kalau bertaubat mungkin taubatnya itu diterima oleh Allah. Akan tetapi orang yang mengumpat tidak akan Allah ampunkan dosanya sehinggalah orang yang diumpatinya itu memaafkannya.” (Hadith riwayat Tabrani dan Baihaqi) Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam menerangkan lagi pengertian mengumpat dengan sabdanya: “Tahukah kalian apa ertinya mengumpat?” Sahabat menjawab: “Allah dan RasulNya yang lebih tahu.” Ujar Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam lagi: Mengumpat ialah “Engkau mengatakan tentang saudaramu sesuatu yang tidak disukainya.” Lalu ditanyakan: “Bagaimana kalau ada sesuatu yang patut saya kata tentang saudara saya itu?” Jawab Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam: “Sekiranya apa yang engkau sebutkan tentang saudaramu itu betul-betul ada padanya, maka itu bermakna engkau telah mengumpatnya tetapi jika tidak betul maka itu bererti engkau telah mengada-adakan kebohongan terhadapnya.” Sekadar untuk renungan dan perkongsian . Yang baik jadikan pegangan :) Allahualam. Sifat semulajadi manusia
| 10:38 | 0 Cikebum Cikebom
Assalammualaikum, Jam menunjukkan pukul 1:13a.m, 07/04/2012, jari masih lagi dok menari-nari ataih keyboard sampai naik lekang , even mata dah sedikit cela. Okay straight ja, baru terbaca satu buku tajuk dia 'Jangan Bersedih/ La Tahzan- Zikir Munajat dan Tazkirah" So , berkeinginan nak berkongsi la :) Dalam kita meniti kehidupan seharian, ada kalanya kita bersedih. Sedih adalah sifat manusia. Sedih adalah sifat semulajadi manusia yang dicipta Allah SWT. Mustahil ada manusia tidak pernah bersedih. Sedih, suka, duka, bahagia, derita, adalah merupakan sunnatullah dalam kehidupan ini. Bukankah Allah mencipta, tiap sesuatu itu berpasang-pasangan? Sedih lawannya gembira, ataupun sedih pasangannya adalah gembira. Derita pasangannya adalah suka, bahagia. Maka ada kalanya kita merasa sedih, dan itu adalah sifat semulajadi manusia. Namun apa yang perlu ialah bagaimana kita mengatasi kesedihan. Bagaimana untuk tidak menjadikan sedih itu suatu perasaan yang boleh mengikat diri kita, membelenggu diri kita, sehingga kita menjadi hamba kepada perasaan, hingga manusia hilang pertimbangan dan sebagainya. Sedih tidak boleh membawa kita kepada kehancuran. Bagaimana kita menjadikan sedih untuk menghambakan diri kita kepada Allah SWT? Hampa cuba bagi paham ni . Meh kita sama-sama muhasabah diri :) Ikhlas : Intan Ini keterlaluan !
| 07:31 | 0 Cikebum Cikebom
Assalammualaikum ! Penah makan setokin cicah belacan dak ? Penah makan kaki perasa kudeh dak? Penah makan yogurt taik ayam pandu dak? Dak lani nak habaq pi. dok rasa lagu ni lani .bukan apa, mmg kami rasa tak ketahuan . tapi bila ketahuan hat dok tak dok jadi punca jadi punca. awat pasepa ? punca apa semua ni ? dengki ? kianat? dendam? atau tak buleh tengok kawan-kawan sendri nak bahagia dia? Allah... Pantang betoi la kalau takat nak ober-ober judge orang nih. kami tau la kami pon serba tak kena jugak tapi at least cuba bagi berakai sikit. dok tak kena gaya ta penah nak mai menyangat ,mai la habaq betoi2.? dak lani apa yg jadi hempa tau ka apa punca? apa sebab ? awat pasepa hempa ka yang dok lalui , faced up semua ni? dok rasa dok tanggung semua ni ? Nak mai menyimpang bagi salam dulu, buleh la sambut salam tu. To be truth, lama lani kami memang dok sinyap bukan makna kami tatau apa-apa, ni bukan nak penaya orang, kami nak habaq kami pon bukan sempurna tara mana , memang ta dak sempurna langsung aih. . sama la hampa pon kan? yela kami sorang yang jahat kan? hempa tu macam mana pulak? okay baik sangat-sangat ? sempurna sangat-sangat ke? yela kami tak sempurna kami yang jahat yg buat naya org yela kami :( JANGAN ANGGAP DIRI TU MAHA SEMPURNA DAN DAH CUKUP LAYAK UNTUK MENILAI DAN MENGHUKUM SESEORANG. Astarfirullahalazim. P/s: Allah tu ada .. jangan risau DIA ada. even aku jahat macam mana sekalipon DIA ada untuk orang yg macam aku . :) Aku hamba DIA Intan \__O.o__/ Terima Kasih Ezara Chen !
| 05:11 | 0 Cikebum Cikebom
Assalammualaikum fellows, ![]() ![]() Nice kan? okay nak say thanks sgt-sgt kat Ezara Chen sbb dah make a new change for my blog even ni baru half edit by her. To be truth I really excited and teruja sbb u had made changes just like this. Yela kan kan, mau tak keciwi kami sebab sebelum ni kami just edit macam belog hidop segan mati tak mau ja. pfft ~ Okay , dak nih nak habaq pi lani kami excited gila kot nak dok update post selalu memandangkan sedap sikit mata memandang kat blog sniri hasil nukilan Cik Ezara Chen ! ![]() Terima kasih daun keladi , sebab buat belog cabuk kami , comei lagunni ! ![]() Ikhlas: Cik Intan :) |