Warning ! Assalammualaikum ! Blog Habok . Mummy to be ! │ Follow │Dashboard│
semua TANDA TANYA
Loghat cheq
Dear you,
I’m not stupid, I just lack common sense, I’m not a poser, I’m just crazy, I’m not miss popularity, I just have a lot of friends, I’m not mean, I just have weird jokes, I’m not insecure, I just don’t trust people, I’m just me and if you don’t like me..
may Allah bless you. :) Dak nih toksah dok omputeh sangat kot, dak kami nak habaq kalau nak kawan mai kawan elok-elok jangan dok ta dok nak buat pasai . kami jenih tak-fa apa pon. nak pi , pi , nak mai , mai . Jangan nak pi mai pi mai dok buat hantu kat kami na .Mokala nak bekawan buat cara kawan hat bek -bek jgn nak mengembek kat belakang RAWWRR ~
Okay:) Assalammualaikum , kalau jawab sayang tak jawab dosa :) *TIRU
thanks pd yg masih sudi or even terpaksa sudi singgah and view my 'blog cabok' ni HEHE
Terima kasih daun keladi kalau rajin meh comment sekali :)
Anyway awal-awal morning lagi Int dah un9 and mata ni tah napa tak dapat nak lelap sgt lah dr semalam
mungkin petanda penyakit kronik Int nak mai kot ? (penyakit rindu lettuuwww) ^^
Oke u guys ada tak petua untuk tidur ngan nyenyak tanpa fikir apa-apa masalah ??
Share yuk !
So bila mata tak dapat nak pejam tuh Int selalunya layan movie-movie yang best yang mana baru and juga lama, semua layan lah kalau mata ni ta mo pejam kan (kadang-kadang rasa geram and nak triyak gak bila ta leh tido, I do )
Korang selalu layan movie apa eh kalau time-time free tuh? Cinta? Romantik? Horror? Funny ke? Bunuh-bunuh ke? tikam-tikam ke? sepak -terajang or even sad story?
U guys layan tak movie korean ? for sure mesti ramai yg layan nak-nak pulak yg girls . and ada jugak boys layan movie korean sampai feel guling-guling tau ^^ bukan tade , ada UKKE--I have prove! HEHE
and girls plak selalu la bayangkan yg hero movie korean tu sweet mcm bf korang ? betul tak ? ^^
Oke la oke la fine ~~ dah banyak sgt yg Int mengarot so meh sini meh Int nak share movie yg Int rasa korang patot tengok or ada yg dah tengok maybe, pon boleh layan and feel sekali lagi kan? cause this movie memang romantik, feeling tahap gaban and boleh nangis sedu sedan ( bg yg feel and suka mengangis lah kan ) ^^
Movie korean ni citer mengenai dua sweets couple yg mana dorang baru je kenal and kenal pun tak lama terus ada feeling . Even si heroin, Su-Jin ( Son Ye-Jin ) baru je frustrated ngan tunang dea , then bila jumpa ngan Cheol- Soo (Jung Woo Sung) dowang jatuh cinta and get married. Lepas dowang kawen banyak benda sweets yg korang patot tgk sendiri betapa sweetnya lahh haii dorang ^^ (berangan jap) ..
Tapi orang kata indah tu tak selamanya kan hidup ni mesti ada jugak part sedih sedu sedan ryte? Su-Jin disahkan ada penyakit lupa (Alzheimer) . korang jgn ingat penyakit lupa nyanyok tu semua penyakit org-org tuwa je k. org muda pon boleh dapat (sbb byk mkn semut) ^^ Banyak sacrifice oleh hubby dia dlm movie ni . Macam mana dorang faced problem dorang tuh? korang patot tengok and feels it by ya self !
Nak story lebih-lebih kang korang ta feel pulak bila tgk movie ni so apa kata korang download and feel sensorang ^^
Movie ni memang sweets(lagi sekali ulang) and maybe boleh bagi pengajaran kot kat mana-mana yg ada dugaan dalam love story u guys ^^ salute hero dia sebab dalam movie ni even wife dia nyanyok teruk but he still dengan wife dia susah senang :)
"Kecantikan hak milik setiap insan" betul ke? Betul lettuuuww..^^
Obviously and no wonder la napa semua orang nak jadi cantik comel cun melecun meletop dan top pop hot, mesti la semua nak cantik sebab musabab nya tanya diri sendiri lah HEHE.
Nak cantik? Ikut petua pun dah cukup. Tak perlu la operation berbagai.
Meh sini Int nak share petua-petua yg Int ada baca kat satu source ni . Meh kita amalkan sama-sama boleh sama-sama cantik. ^^
Hilangkan Blackhead(bintik-bintik hitam)
Petua ni Int selalu jugak buat kt umah tu pon bila telur ayam kat rumah mak beli satu carton la .HEHE. Petua ni mmg berkesan kalau kita selalu amalkan . Simple ja cara and bahan dea just campurkan putih telur and madu asli pour it
and sapukan ke bahagian bintik-bintik hitam ataupun sapu je seluruh muka(buat mcam masker) .Biar at about 30minutes then lap dengan towel bersih yg direndam dalam air suam. Selain tu boleh buat muka kita nampak licin, bersih and tegang. ^^
Putihkan kulit muka(masker)
Petua ni Int dapat dari youtube, petua cara minah-minah saleh putihkan kulit dowang. tp pelik jugak dowang pon nak jugak putihkan kulit yg dah ckup puteh tu . HEHE. Simple jugak tapi maybe bahan dea mahal sikit la . hehe . but we just need 3 bahan je.Putih telur again + oat yang dah dimasak + olive oil
minyak zaitun) Campur semua bahan-bahan and stir it well then just sapu all over the face and biarkan at about 30minutes or nak lebih pon tape. then rinse the face :)
Bibir Pecah/Kering
Lips Int selalu sgt kering and selalu bergntung dgn lipbalm and kalau tak pakai lipbalm mesti my lips mengelupas and that hurt tambah-tambah pulak time panas terik. So utk solve prob ni campurkan segelas air kelapa muda dan sebiji telur ayam kampung. Kacau sehingga rata. Selepas itu, minumlah ketika cuaca panas. atau nak paling mudah tiap malam sebelum tidur sapukan dengan madu lebah asli .
Hilangkan Jerawat
Pilihan 1: Aspirin (ubat demam) - Untuk mengurangkan kemerahan dan mengecutkan jerawat yang baru tumbuh, hancurkan sebiji aspirin (Panadol) dan lembabkan ia dengan sedikit air. Kemudian sapu campuran tersebut ke bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan selama beberapa minit, kemudian bilas dengan menggunakan air bersih. Ulangi prosedur ini sehingga jerawat anda mengecut dan hilang.
Pilihan 2: Ubat Gigi - Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan ia mengering sehingga keesokan harinya. Kemudian bilas muka anda. Ubat gigi mampu mambantu untuk menghidrasikan(mengeringkan) jerawat dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah.
Pilihan 3: Minyak Zaitun – Campurkan satu sudu besar minyak Zaitun dengan 4 sudu garam, kacau sebatian untuk beberapa minit. Sapu pada bahagian wajah anda yang ditumbuhi jerawat dan biarkan seketika. Kemudian bilas wajah dengan menggunakan sabun pencuci muka.
Gigi Putih dan Bersih
Untuk mendapatkan gigi yang putih bersih, ambil sebiji pinang dan bakar hingga hangus. Kemudian tumbuk hingga ia menjadi serbuk. Simpannya di dalam bekas kedap udara. Apabila hendak digunakan, ambil sedikit garam dan gosok-gosokkan pada gigi dengan menggunakan jari. Lakukan selalu pada sebelah pagi dan malam sebelum tidur. Ni cara orang melayu kita. nak tawu tak cara minah-minah saleh utk putihkan gigi dowang? bahan2 nye simple je just need buah strawberi yg masak and baking soda je (sikit je). just pour it together then sapu kat gigi tapi jangan buat selalu sebab baking soda kan penghakis kang enamel gigi pulak rosak . Do it just once a week. ^^
Melebat dan Menghitamkan Bulu Mata
So pada u guys yg nakkan bulu mata lebat menawan tu ta payah pakai Maybeline supercurly-curly tu pon dah takpe. just buat cara simple ni murah pon murah...1. Rendam 1 sudu teh dalam 1 cawan air semalaman. 2. Keesokannya lurutkan air rendaman teh pada bulu mata dengan mengusapnya ke atas menggunakan hujung jari telunjuk. 3. boleh juga menggunakan minyak zaitun sebagai ganti. Lakukan setiap malam sebelum masuk tidur. Nice try !
Bibir Seksi
Rahsia bibir cantik dan seksi ialah kekalkan kesihatan dan kelembutannya walaupun anda bukan wanita yang gemar bersolek. Lembabkan bahagian berkenaan dan lindungi ia dengan salap bibir (lip balm) sekerap mungkin, khususnya sebelum tidur. Ataupun nak lebih manis sebelum tidur sapu madu lebah asli . Khasiat madu kan banyak . so make sure rumah u guys selalu ada madu :)
Kurus dan Langsing
Ni petua ni mmg berkesan . Just minum limau nipis hari-hari insyallah berat badan turun sebabnya Int dah pernah cuba buat dlu and terbukti berkesan. Tp skangbadan naik balik la cz ta jaga HEHE.
Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Sediakan 2 biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun. Tapi u guys yg ada gastrik tu jgn pulak nak minum hari2 kang lain pulak jadinya ^^
Mengurangkan Selera Makan
So by now Int kena follow petua ni lah until I get the ideal body weight:) HEHE
1. Makan secara perlahan.
2. Makan hidangan yang kecil dan menggunakan pinggan yang kecil. Ini akan membuatkan makanan nampak banyak.
3. Ambil makanan yang tinggi serat seperti sayur, buah, roti wholemeal, dan lain-lain. Serat akan menyebabkan anda berasa cepat kenyang dan mengurangkan selera makan anda.
4. Makan makanan yang pedas. Ini akan membuatkan perut terasa penuh.
5. Jangan membiarkan diri dalam keadaan terlampau lapar. Ini akan membuatkan kita akan makan lebih banyak pada waktu makan seterusnya.
6. Minum segelas air kosong sebelum makan supaya perut terasa penuh.
7. Jangan minum semasa makan. Ini akan meningkatkan selera untuk makan.
8. Hirup/minum sup juga boleh menyebabkan anda cepat kenyang.
9. Letakkan makanan jauh dari pandangan. Ini kerana, jika makanan ada di depan mata, akan membuatkan anda berselera untuk makan.
10. Sebelum makan, amalkan minum air suam atau minum jus oren atau minum jus epal ataupun minumlah air suam diperah limau nipis/kasturi. Ia pasti akan membantutkan selera makan.
Merawat Tangan Mengelupas
Pilihan 1: Lumurkan asam jawa pada tapak tangan. Biarkan ia seketika. Kemudian bersihkan dengan air biasa.
Pilihan 2: Hancurkan buah belimbing buluh dan lumurkan pada tangan. Biarkan selama setengah jam. Kemudian basuh tangan anda dengan air biasa.
By the way setiap apa yg Tuhan ciptakan kat kita semua dah cukup cantik dan kita patut bersyukur. Tak perlu lah kot pegi buad pembedahan plastik ke kayu ke besi ke cucuk sana cucuk sini . Buat seksa diri sendiri je . Kena pulak kalau-kalau effect jadi lebih buruk dan membahayakan kesihatan kita sendirik . So pikir-pikirkan lah yg mana terbaik. Usaha dan insyallah dapat hasilnya .
Source: Kebanyakkannya Ensaiklopedia Petua Melayu Lama
xoxo-Auntie Curly
p/s: Masing-masing ada kekurangan diri tak lupa jugak kelebihan so hargailah :)) syukran.
Hidup di dunia ini ibarat sebuah PERJALANAN yang terlalu PANJANG dan terlalu banyak PERHENTIAN SEMENTARA sehinggakan kadangkala terlupa sebenarnya diri ini hendak ke mana..
“Demi masa. Sesungguhnya MANUSIA itu benar-benar berada dalam KERUGIAN, kecuali orang-orang yang BERIMAN dan mengerjakan AMAL SOLEH dan NASIHAT-MENASIHATI supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran.”
(Surah al-‘Ashr : 1-3)
Perjalanan hidup itu pastinya BUKAN SEMUDAH yang kita sangkakan kerana Syurga itu MANIS, pastinya kita akan DIUJI sebelum masuk ke dalamnya.
Apabila kita masih diberi PELUANG untuk mengumpul sebanyak mungkin AMALAN KEBAIKAN di dunia, masih diberi peluang untuk belajar ilmu-ilmunya, maka belajarlah dan kejarlah pintu-pintu kebaikan itu.
Selagi kita masih punya ibu dan ayah, maka BERBAKTILAH pada mereka kerana kita tidak tahu apakah KEBAIKAN yang sudah kita jalankan itu sudah cukup untuk melayakkan diri kita sebagai ahli SyurgaNya.
Maka teruskanlah melakukan kebaikan dan HINDARKAN diri dari KEMUNGKARAN selagi mana kita diberi peluang untuk melakukannya..(◠‿◠)
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,
“Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”
Lalu para sahabat bertanya,
“Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”
Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :”
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjemaah.
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya.
6 seksa di dunia
1) Allah mengurangkan berkat umurnya
2) Allah memanyahkan rezekinya
3) Allah hilangkan tanda/cahaya soleh dari wajahnya
4) Tidak akan mendapat tempat dalam islam
5) Tidak mendapat pahala atas amal kebajikannya di dunia
6) Allah tidak akan menerima doanya
3 seksa hadapi maut
1) Mati dalam keadaan amat dahaga
2) Mati dalam keadaan lapar
3) Mati dalam keadaaan hina
3 seksa di dalam kubur
1) Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempit kubur
2) Allah akan menggelapkan kuburnya dengan segelap-gelap kubur
3) Allah akan seksa hingga hari kiamat
3 seksa dipadang mahsyar
1) Pada hari kiamat akan dibelengu oleh malaikat
2) Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan ehsan
3) Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosa orang yang meninggalkan sembahyang
4) Allah akan memasukkan mereka yang meninggalkan sembahyang kedalam neraka dengan azab seksaan yang pedih lagi keras
Dosa meninggalkan solat subuh
Akan dimasukkan kedalam neraka selama 30 tahun akhirat bersamaan 60000 tahun dunia
Dosa meninggalkan solat zohor
Sekali meninggalkannya,dosanya seperti membunuh 1000 umat islam
Dosa meninggalkan solat asar
Sekali meninggalkannya,seperti meruntuhkan Baitullah (kaabah di Masjidil Haram)
Dosa meninggalkan solat maghrib
Sekali meninggalkannya seperti berzina dengan ibu sendiri
Dosa meninggalkan solat isyak
Sekali meninggalkannya Allah tidak reda orang itu tinggal dibumi dan berbumbungkan langit serta Allah tidak reda makan dan minuman yang ada dibumi dan langit.
Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah BUKAN Datuk Dr Fadzilah Come to Me( yg Edisi Siasat tuuu) oke ^^,
Obviously, semua tau kan apa yg kita buat dalam hidop seharian kita ni permulaannya bermula dari HATI dan kebanyakannya merangkumi HATI kita.:) betul tak? kalau tak betul betul-betulkan lah :) Anyway, petua ni untuk diri aku sendiri jugak and u guys sekalian .
Dirikan solat dan banyakkan berdoa - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"
Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan
Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
So dah tawu meh kita sama-sama praktikan and amalkan :)
da lama Int ta jenguk blog ni and dah lama jugak tak tinjau blog2 korang semua . KAN ?
sorry dear guys .actually Int tak da la busy sangat pon just maybe dengan rasa malas yang melampau-lampau and membuak-buak ni buatkan Int tak rasa nak update ngan any blog even ngan blog sendiri pon dah dibiarkan bersawang je .but Int ada jugak tinjau blog u guys ^^
lagi pulak blog Int just simple dimple and nothing at all so u guys pon tak kisah la kan .
Anyway before ni ada jugak lah Int busy dgn study but for now I'm all free coz skang masa bercuti . ^^
and I'm totally now feel really miss you my 'blog cabuk' :)
Even blog ni sekadar tempat utk Int mmeluangkan masa yg terbuang and tempat berkongsi any ideas or even any new stories and selalu je lupakan 'blog cabuk' ni but for now I'm back .
by the way , I miss you my only 'blog cabuk' and all fellow (:
To fellows sila tinggalkan link u guys ek (: THANKS