![]() ![]() ![]() ![]() |
Memilih Sahabat :)
Friday | 22:16 | 3 Cikebum Cikebom
Salam...![]() Entry kali ni aku just nak share-share ngan kaowang smua yela kan kan kan sharing is caring kan ? HIHI Aku ada baca satu article kat lam magazine NUR aku asa article tu menarik la kan bagi aku aku aku kat kaowang tato la pulak kan kan kan apa-apa pun meh kita renungkan bersama meh cececece Tidak semua orang boleh dijadikan sahabat. Dalam hal ini Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud; "Seseorang itu menurut agama (aturan) kekasihnya, maka oleh sebab itu baiklah seseorang dari kamu semua meneliti orang yang akan dikasihinya." (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi) Pesanan Al-Qamah kepada anaknya; ANAKKU, JIKA KAMU BERASA PERLU UNTUK BERSAHABAT DENGAN SESEORANG, MAKA PILIHLAH YANG MEMPUNYAI SIFAT INI, IAITU; JIKA ENGKAU MELAYANINYA, IA SUKA MELINDUNGIMU JIKA ENGKAU MENJADI SAHABATNYA, DIA AKAN MENJADI HIASAN BAGI DIRIMU DAN JIKA ENGKAU DALAM KEADAAN KEKURANGAN NAFKAH, DIA AKAN MENCUKUPKAN KEPERLUANMU. Pilihlah sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, lalu dia memberi dengan rasa terharu, jika dia melihat kebaikan yg timbul dari dirimu, dia suka menghitung-hitungnya dan dianggapnya sangat berguna, sementara jika dia mengetahui keburukan dalam dirimu lalu dia menutupnya. PILIHLAH SAHABAT YG JIKA ENGKAU MINTA SESUATU DARIPADANYA, DIA PASTI AKAN MEMBERI; JIKA ENGKAU DIAM, DIA MULA MENYAPA DAHULU DAN JIKA ENGKAU ADA KESUKARAN DAN KESEDIHAN YANG MENIMPA DIRIMU, DIA PASTI MEMBANTU, MERINGANKAN SERTA MENGHIBURKAN. ![]() ![]() ![]() bagi aku... bg kaowang tatau la kan :) Mudah-mudahan aku boleh menjadi kawan / sahabat yg baik utk semua kawan ataupun sahabat aku . and mudah-mudahan jugak aku diberi sahabat yg baik macam pesanan Al-Qamah ni :) Insyaallah |