![]() ![]() ![]() ![]() |
Kawan makan Kawan
Monday | 19:00 | 0 Cikebum Cikebom
Assalammualaikum...
Saya berminat nak kongsi satu cerita dari satu blog...jom baca meh:)
Ada cerita mengenai 3 budak hitam. Mereka sedang
berjalan-jalan dan tersepak satu botol sehingga keluar asap dan jin. Jin itu
mengucapkan terima kasih kerana telah melepaskannya dan ingin membalas jasa
baik mereka bertiga dengan meminta mereka membuat permintaan untuk ditunaikan.
Budak hitam yang pertama meminta untuk
diputihkan kerana dah lama rasa hitam. Apabila nombor 1 dah jadi putih , yang
nombor 2 pun meminta untuk menjadi lebih putih (putih melepak) dari yang nombor
satu. Setelah yang pertama dan kedua telah menjadi yang putih, yang ketiga
telah membuat satu permintaan….
Yang ke-3 meminta menghitamkan yang pertama
dan kedua. Akhirnya kesemua menjadi hitam kembali dan tidak mendapat apa-apa
faedah.
Punca kawan makan kawan:
1: Wang – apabila seseorang meminta untuk memburukkan kawan kerana
kerja
2. Dengki – apabila melihat kawan telah berjaya.
Bagaimana nak tahu orang
jenis itu:
Pengalaman
sendiri.
Tujuan kawan kita berkawan. Kenalpasti
sebab utama jika ada orang yang nak berkawan kita.
Cara atasi:
Jangan berkawan dengan orang yang dengki.
Carilah kawan orang yang baik.Kata Saidina Ali 'Carilah sahabat yang alim dan
baik…'. Kita yang pilih dan corakkan sahabat kita dan diri kita.
Ikut pesan Agama, pilih kawan yang baik cara fikir, kawan yang sayang
dan taat akan agama dan kawan yang ….berani
Pesanan: Allah
murka kepada hambanya yang membuka aib seseorang. Jadi jangan sesekali kita
membuka aib orang.
Doa yang diberi pada hari ini: Surah Adduhukan -Ayat
12, Surah Al Qamar -Ayat 10
p/s: pay no mind to those who talk behind your back cz that simply means that you are two steps ahead :) Kan?
|