![]() ![]() ![]() ![]() |
Bergembiralah wahai wanita
Friday | 23:32 | 0 Cikebum Cikebom
Apa itu Cinta ?
| 23:02 | 0 Cikebum Cikebom
Surah pemujuk hati :)
| 15:59 | 0 Cikebum Cikebom
Surah AD-DHUHA [1] Demi waktu dhuha. [2] Dan malam apabila ia sunyi-sepi . [3] (Bahawa)Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik). [4] Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. [5] Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda – berpuas hati. [6] Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan? [7] Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu – Al-Quran)? [8] Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan? [9] Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya, [10] Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik; [11] Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya. Surah ASHSYARH [1] Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ? [2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) - [3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? [4] Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? [5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, [6] (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. [7] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), [8] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). Bangun awal pagi .
| 15:33 | 0 Cikebum Cikebom
Salam ukhuwah fellows sekalian .. Entry nih utk dikongsi bersama je..ehee ^_^ " Cara mudah nak bangun awal pagi" .haa meh cini meh aku nak kongsi sikit cara mudah nak bangun awal pagi terutamanya utk bangun solat subuh kan...mang agak susah bila pagi-pagi tuu nak bangun ditambah pulak dgn angin sejuk pepagi.. lagi la dok tarik selimut sampai ujung kepala kan..n lagi liat la pada orang yang baruu je tutup mata nak tido. al-maklum la asek setia ngn ber-facebook je kan? sampai sanggup b'sengkang mata till kol 4-5 pagi and sampai masuk waktu subuh..tapi subuh tu tak pulak nak solat kan.ehee pelek sudah bahana ber'facebook nih -_- bila lagi nak setia ngan DIA YANG SATU? Ahaa kali ni meh kita cuba cara-cara ni utk setia kat si DIA pulak jgn asek setia kat yg benda yg sia-sia ja..Ni pesanan utk diri aku jugak ..dulu aku mang susah jugak la bangun awal pagi nak-nak lao hari tu hujan pulak..lagi berat mata ni nak bukak.. macam berduyun-duyun setan la yg dok bergayut kat mata ni..tapi alhamdulillah aku da cari jalan baru utk selesaikan masalah malas bangun aku tu..so aku nak jugak kongsi ngan kaowang sumua :) Niat ikhlas .. 1) NIAT Sebelom tido tuu kaowang niat la nak bangun awal pagi/ bangun solat subuh . InsyaAllah la berkesan sebab apa before tido ni lao kita niat kita nak buad besok hari insyaAllah menjadi ; org kata automatic terbangun sendiri or lebih mudah la nak bangun lao niat tu nak bangun awal /solat subuh kan ?. 2) ORANG Oke yg ni maybe tak berkesan lagi-lagi kalau korang pesan kat orang yg payah bangun pagi utk kejutkan korang bangun pagi ECEHH bole pulak.so pesan la kat org yg mudah bangun pagi n selalu bangun awal pagi utk solat subuh kan..macam mak kita ke..or yg ta dekat umah tu soh le kawan kowang gerak waktu pagi tu kan senang..tapi cara ni kurang berkesan lao kawan korang tu kejut hangat-hangat tahi ayam je ( bagi yg liat sgt nak bangun la)ehee 3)SET ALARM/KUNCI JAM Cara ni mungkin berkesan bagi sesetengah org tapi mungkin tak bagi sesetengah org kan .ehee ^_^ yela mana tak berkesannya lau set alarm tu asal bunyi je automatic tangan ni tekan 'stop' kan.. pastu boleh lak sambung tido balik dgn nyenyak kan. (aku macam ni le) ehee ^_^ tapi apa-apa pn dgn set alarm ni boleh jugak la buad kita bangun itupon lao betol-betol NIAT nak bangun kan .:) membantu jugak la .apa-apa pon set la alarm -tone yang agak-agak boleh buad pecah gendang telinga kan ? tapi ada jugak yg ta heran ngan bunyi alarm yg kuat sampai kan kawan sebelah yg tolong stop kan alarmm tu HUHA :) 4)PAKSA DIRI UTK BANGUN Cara ni lah paling berkesan utk aku .HEHE yela apa-apa pon apa yg kita buad atas diri sendiri jugak kan? dgn niat yg betol InsyaAllah boleh lao kita betul-betul nak. so,, paksa la diri kaowang tu utk bangun awal pagi terutamanya utk solat subuh.sebelom tido NIAT lam hati kaowang nak bangun awal pagi utk solat subuh .HAA lepas tu lantak la nak sambung tido or apa pon.. maybe kaowang sambung tido lek atopon pegi kelas or keja kan..tak kesah la .. EHEE ^_^ siapa lagi yg nak sedarkan kita lao bukan diri kita sendiri yg sedar kan? so sama-sama la kita sedar.. lagi-lagi pulak sapa yg bangun awl pagi ni insyaAllah pintu rezeki dia terbukak luas ..so lao nak rezeki kita makin meluas-meluas and dapat keredhaan si DIA moh le kita sama-sama bangun awal pagi utk tunaikan solat subuh . Allahualam . إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا قَامُوا إِلَى الصَّلَاةِ قَامُوا كُسَالَى يُرَاءُونَ النَّاسَ وَلَا يَذْكُرُونَ اللَّهَ إِلَّا قَلِيلًا ”Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan shalat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka mengingat Allah kecuali sedikit sekali.” (QS AN-Nisa ayat 142) Sahabat :)
| 08:00 | 0 Cikebum Cikebom
"Aku ni tergolong dalam sahabat yang baik ke?? Ya Allah Ya Tuhanku, ampuni la segala kesalahan dan kelemahan diri ku...-kawan-kawan jugk maap kan lah sgla slh slap aku dlm bkwan oke :) " Rindu
| 07:28 | 0 Cikebum Cikebom
Salam ukhuwah . Dah lama tak active kat blog nih kan?? bukan apa sedikit sibuk mungkin dgn kelas yg dah start kan..al maklumla da sem baru..semester 5 2011 :) so kena la kuatkan lagi usaha utk berjaya kan kan kan? ehe..Alhamdulilah syukur sgt coz dapat teruskan utk semester seterusnya even result aku sedikit down utk kali ni.tapi apa-apa pon aku da cuba sedaya yg termampu n aku pon redha ngan apa yg aku dah dapat :) sesungguhnya ada hikmah disebalik segala kejadian kan ? Apa-apa pon doakan aku sentiasa berjaya dunia dan akhirat oke ? InsyAllah :) For sure mesti you'ols pelik sikit or pelik banyak' ngan segala pembaharuan kat site blog aku nih. ^_^ ehee Oke nih pemberitahuan la utk semua . ta kisah la kaowang nak nilai aku dari segi macam mana pon .aku oke saja ta kisah dari sudut pandangan kaowang camna sekalipon aku terima .:) Oke kali ni aku ada buat pembaharuan skit kat belog simple nih .eceh bukan apa ..sekadar nak berkongsi sesama umat kita. lagipon niat aku ..NAK LEBIH DEKAT DENGAN SANG MAHA PENCIPTA ...so aku ubah le theme belog aku, :) nice tak? ehe ^_^ Mesti ada yg pelik n ta jugak ada yg hairan apsal aku tetiba jadi camni? oke la nak diulangi lagi sekali..AKU NAK LEBIH DEKAT DGN SANG MAHA PENCIPTA .. Alhamdulilah maybe doa aku termakbul.. Alhamdulilah jugak hati aku makin tenang .. ALHAMDULILLAH YA RABB .. Dalam hati aku hanya DIA sja yg taw :) "ALLAH bukalah hatiku bimbing dijalan terangmu selamatkan lah jiwa yg gelap dlm cahaya Rahmat-MU ALLAH Kau Maha Cahaya beri petunjuk sang jiwa Ampuni diri yang lelah kadang sesat ku melangkah " Apa-apa pon mintak aku pada Tuhan ..lindungi lah aku dalam segala keadaan .. jadikanlah aku terdiri di golongan dan rakan-rakan yg mendirikan solat .. rahmatilah aku bimbingkan lah aku ..jauhkanlah aku dari golongan yang mensia-siakn hidop dari jalanMu :) Mudah-mudahan hati aku akan lebih tenang , :) dan jugak hidop aku tak sia-sia..hingga akhir hayat hidop aku ..:) aku sedar aku da byk terpesong ..byk lupakan DIA ..aku tuju jalan yg sia-sia.. mudah2han aku dilindungi dirahmati INSYALLAH :) Harap hidop aku tak sia-sia dan mudah-mudahan aku dapat ampunan . Anda juga :) "ALLAH bimbinglah hambamu" ALLAHUAKHBAR !ALLAHUALAM :) |