Jenis-jenis Cinta :)
Cinta ni ada banyak pesen and jenih kan? Ni kami nak share jenis-jenis cinta , ampa punya cinta jenih lagu mana? hewhew*
- Cinta alas ialah perkara yang dilakukan sebagai loncatan untuk mendapatkan tujuan seterusnya.
- Cinta babas ialah perkara yang dilakukan sehingga boleh menyebabkan kemalangan atau perbuatan terlanjur.
- Cinta balas ialah perkara yang diniatkan untuk sesuatu perkara yang diterima atau diundang.
- Cinta bas ialah perkara yang berputik dalam perjalanan jauh bila duduk bersebelahan.
- Cinta bebas ialah perkara yang lama dipendam tapi akhirnya diluahkan.
- Cinta belas ialah perkara yang dilakukan kerana kasihan kepada seseorang.
- Cinta bekas ialah perkara yang ditujukan kepada orang yang patah hati atau kecewa.
- Cinta buas ialah perkara yang dilakukan dengan gaya haiwan liar memeburu mangsa.
- Cinta cemas ialah perkara yang dipunyai oleh orang mempunyai darah gemuruh.
- Cinta ganas ialah perkara yang penuh dengan aksi dera seperti tampar, pukul dan maki.
- Cinta gelas ialah perkara yang amat sensitif dan mudah berkecai bila ada sedikit halangan.
- Cinta gemas ialah perkara yang berputik dalam perjalananan menuju Gemas.
- Cinta ikhlas ialah perkara yang dilakukan tidak mengharap balasan walaupun ucapan terima kasih.
- Cinta kandas ialah perkara yang terputus di tengah jalan terutamanya bila ada kesesakan jalan raya.
- Cinta kapas ialah perkara yang lembut dan putih dengan tiada pertengkaran dan perselisihan.
- Cinta kebas ialah perkara yang direbut dari orang lain biasanya dilakukan oleh kawan sendiri.
- Cinta kelas ialah perkara yang dialami oleh pelajar sekolah dalam kelas yang sama.
- Cinta keras ialah perkara yang tidak boleh diganggu biasanya siapa yang mengacau akan jatuh sakit.
- Cinta kertas ialah perkara yang hanya diluahkan melalui surat dan tulisan.
- Cinta kilas ialah perkara yang terjadi pada selayang pandang sahaja hati sudah terpikat.
- Cinta lemas ialah perkara yang boleh membuatkan pasangan remaja menjadi lemas.
- Cinta lepas ialah perkara yang sudah di depan mata tapi tiba-tiba hilang begitu sahaja.
- Cinta libas ialah perkara yang diamalkan oleh kasanova umpama buaya tidak kenal mangsa.
- Cinta likas ialah perkara yang berputik semasa melawat Likas.
- Cinta luas ialah perkara yang dialami oleh orang yang mempunyai pilihan yang amat luas.
- Cinta malas ialah perkara yang ditakdirkan kepada orang yang tidak sungguh bercinta.
- Cinta mawas ialah perkara yang dilakukan dalam hutan atau semak.
- Cinta panas ialah perkara yang disensasikan oleh media massa biasanya melibatkan orang ternama.
- Cinta pantas ialah perkara yang terjadi pada pandangan pertama perasaan bergelora.
- Cinta paras ialah perkara yang meletakkan rupa cantik sebagai pilihan utama.
- Cinta pedas ialah perkara yang penuh dengan pertengkaran dan perang mulut yang hebat.
- Cinta peras ialah ialah perkara yang dialami oleh mereka yang kecewa dengan pasangan mereka.
- Cinta ramas ialah perkara yang terjadi bila ada kemiangan dan kegatalan melanda.
- Cinta rimas ialah perkara yang dialami oleh pasangan yang kurang serasi bila duduk bersama.
- Cinta ringkas ialah perkara yang diluahkan dengan hanya melalui sistem pesanan ringkas.
- Cinta tandas ialah perkara yang dilakukan oleh mereka suka meluahkan perasaan dalam tandas.
- Cinta tangkas ialah perkara yang hebat mengatasi cabaran dan rintangan yang mendatang.
- Cinta waswas ialah perkara yang dialami oleh orang yang ragu terhadap kejujuran pasangannya.
#plagiat Haaaa tuudia , ampa ada jenih cinta hat pesen mana ? ^_^
OLDER POST | NEWER POST