|
Sharing is Caring (:
Tuesday | 11:20 | 0 Cikebum Cikebom
Salam fellows , "Kecantikan hak milik setiap insan" betul ke? Betul lettuuuww..^^ Obviously and no wonder la napa semua orang nak jadi cantik comel cun melecun meletop dan top pop hot, mesti la semua nak cantik sebab musabab nya tanya diri sendiri lah HEHE. Nak cantik? Ikut petua pun dah cukup. Tak perlu la operation berbagai. Meh sini Int nak share petua-petua yg Int ada baca kat satu source ni . Meh kita amalkan sama-sama boleh sama-sama cantik. ^^ Hilangkan Blackhead(bintik-bintik hitam) Petua ni Int selalu jugak buat kt umah tu pon bila telur ayam kat rumah mak beli satu carton la .HEHE. Petua ni mmg berkesan kalau kita selalu amalkan . Simple ja cara and bahan dea just campurkan putih telur and madu asli pour it and sapukan ke bahagian bintik-bintik hitam ataupun sapu je seluruh muka(buat mcam masker) .Biar at about 30minutes then lap dengan towel bersih yg direndam dalam air suam. Selain tu boleh buat muka kita nampak licin, bersih and tegang. ^^ Putihkan kulit muka(masker) Petua ni Int dapat dari youtube, petua cara minah-minah saleh putihkan kulit dowang. tp pelik jugak dowang pon nak jugak putihkan kulit yg dah ckup puteh tu . HEHE. Simple jugak tapi maybe bahan dea mahal sikit la . hehe . but we just need 3 bahan je.Putih telur again + oat yang dah dimasak + olive oil minyak zaitun) Campur semua bahan-bahan and stir it well then just sapu all over the face and biarkan at about 30minutes or nak lebih pon tape. then rinse the face :) Bibir Pecah/Kering Lips Int selalu sgt kering and selalu bergntung dgn lipbalm and kalau tak pakai lipbalm mesti my lips mengelupas and that hurt tambah-tambah pulak time panas terik. So utk solve prob ni campurkan segelas air kelapa muda dan sebiji telur ayam kampung. Kacau sehingga rata. Selepas itu, minumlah ketika cuaca panas. atau nak paling mudah tiap malam sebelum tidur sapukan dengan madu lebah asli . Hilangkan Jerawat Pilihan 1: Aspirin (ubat demam) - Untuk mengurangkan kemerahan dan mengecutkan jerawat yang baru tumbuh, hancurkan sebiji aspirin (Panadol) dan lembabkan ia dengan sedikit air. Kemudian sapu campuran tersebut ke bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan selama beberapa minit, kemudian bilas dengan menggunakan air bersih. Ulangi prosedur ini sehingga jerawat anda mengecut dan hilang. Pilihan 2: Ubat Gigi - Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan ia mengering sehingga keesokan harinya. Kemudian bilas muka anda. Ubat gigi mampu mambantu untuk menghidrasikan(mengeringkan) jerawat dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah. Pilihan 3: Minyak Zaitun – Campurkan satu sudu besar minyak Zaitun dengan 4 sudu garam, kacau sebatian untuk beberapa minit. Sapu pada bahagian wajah anda yang ditumbuhi jerawat dan biarkan seketika. Kemudian bilas wajah dengan menggunakan sabun pencuci muka. Gigi Putih dan Bersih Untuk mendapatkan gigi yang putih bersih, ambil sebiji pinang dan bakar hingga hangus. Kemudian tumbuk hingga ia menjadi serbuk. Simpannya di dalam bekas kedap udara. Apabila hendak digunakan, ambil sedikit garam dan gosok-gosokkan pada gigi dengan menggunakan jari. Lakukan selalu pada sebelah pagi dan malam sebelum tidur. Ni cara orang melayu kita. nak tawu tak cara minah-minah saleh utk putihkan gigi dowang? bahan2 nye simple je just need buah strawberi yg masak and baking soda je (sikit je). just pour it together then sapu kat gigi tapi jangan buat selalu sebab baking soda kan penghakis kang enamel gigi pulak rosak . Do it just once a week. ^^ Melebat dan Menghitamkan Bulu Mata So pada u guys yg nakkan bulu mata lebat menawan tu ta payah pakai Maybeline supercurly-curly tu pon dah takpe. just buat cara simple ni murah pon murah...1. Rendam 1 sudu teh dalam 1 cawan air semalaman. 2. Keesokannya lurutkan air rendaman teh pada bulu mata dengan mengusapnya ke atas menggunakan hujung jari telunjuk. 3. boleh juga menggunakan minyak zaitun sebagai ganti. Lakukan setiap malam sebelum masuk tidur. Nice try ! Bibir Seksi Rahsia bibir cantik dan seksi ialah kekalkan kesihatan dan kelembutannya walaupun anda bukan wanita yang gemar bersolek. Lembabkan bahagian berkenaan dan lindungi ia dengan salap bibir (lip balm) sekerap mungkin, khususnya sebelum tidur. Ataupun nak lebih manis sebelum tidur sapu madu lebah asli . Khasiat madu kan banyak . so make sure rumah u guys selalu ada madu :) Kurus dan Langsing Ni petua ni mmg berkesan . Just minum limau nipis hari-hari insyallah berat badan turun sebabnya Int dah pernah cuba buat dlu and terbukti berkesan. Tp skangbadan naik balik la cz ta jaga HEHE. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Sediakan 2 biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun. Tapi u guys yg ada gastrik tu jgn pulak nak minum hari2 kang lain pulak jadinya ^^ Mengurangkan Selera Makan So by now Int kena follow petua ni lah until I get the ideal body weight:) HEHE 1. Makan secara perlahan. 2. Makan hidangan yang kecil dan menggunakan pinggan yang kecil. Ini akan membuatkan makanan nampak banyak. 3. Ambil makanan yang tinggi serat seperti sayur, buah, roti wholemeal, dan lain-lain. Serat akan menyebabkan anda berasa cepat kenyang dan mengurangkan selera makan anda. 4. Makan makanan yang pedas. Ini akan membuatkan perut terasa penuh. 5. Jangan membiarkan diri dalam keadaan terlampau lapar. Ini akan membuatkan kita akan makan lebih banyak pada waktu makan seterusnya. 6. Minum segelas air kosong sebelum makan supaya perut terasa penuh. 7. Jangan minum semasa makan. Ini akan meningkatkan selera untuk makan. 8. Hirup/minum sup juga boleh menyebabkan anda cepat kenyang. 9. Letakkan makanan jauh dari pandangan. Ini kerana, jika makanan ada di depan mata, akan membuatkan anda berselera untuk makan. 10. Sebelum makan, amalkan minum air suam atau minum jus oren atau minum jus epal ataupun minumlah air suam diperah limau nipis/kasturi. Ia pasti akan membantutkan selera makan. Merawat Tangan Mengelupas Pilihan 1: Lumurkan asam jawa pada tapak tangan. Biarkan ia seketika. Kemudian bersihkan dengan air biasa. Pilihan 2: Hancurkan buah belimbing buluh dan lumurkan pada tangan. Biarkan selama setengah jam. Kemudian basuh tangan anda dengan air biasa. By the way setiap apa yg Tuhan ciptakan kat kita semua dah cukup cantik dan kita patut bersyukur. Tak perlu lah kot pegi buad pembedahan plastik ke kayu ke besi ke cucuk sana cucuk sini . Buat seksa diri sendiri je . Kena pulak kalau-kalau effect jadi lebih buruk dan membahayakan kesihatan kita sendirik . So pikir-pikirkan lah yg mana terbaik. Usaha dan insyallah dapat hasilnya . |