|
Surah pemujuk hati :)
Friday | 15:59 | 0 Cikebum Cikebom
Surah AD-DHUHA [1] Demi waktu dhuha. [2] Dan malam apabila ia sunyi-sepi . [3] (Bahawa)Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik). [4] Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. [5] Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda – berpuas hati. [6] Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan? [7] Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu – Al-Quran)? [8] Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan? [9] Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya, [10] Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik; [11] Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya. Surah ASHSYARH [1] Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ? [2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) - [3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? [4] Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? [5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, [6] (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. [7] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), [8] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). |